BANI HASYIMب هاشمPHOTOGRAPHY.blogspot.com

"Capture the beauty of the universe to be Allah S.W.T creation to viewing the next generations"

Sunday, September 22, 2013

RIVER FLOAT PARADE | PERARAKAN KAPAL BERHIAS 2013


Perarakan kapal berhias sempena 50 tahun sarawak merdeka dalam Malaysia telah dilangsungkan di waterfront,Kuching Sarawak pada 15 September 2013 jam08:30pm

KUCHING: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah malam tadi berkenan melancarkan perarakan kapal berhias Malam Gemilang 50 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia di Tebingan Kuching. Baginda memulakan acara dengan memutar 'steering' kapal yang disambut dengan bunyi kapal dan hon serta pertunjukan bunga api. 

Baginda kemudian disajikan dengan pertunjukan pertama persembahan skrin air yang menampilkan logo sambutan dan juga montaj yang memaparkan perkembangan yang berlaku di Sarawak, perkembangan penduduk pelbagai kaum di negeri ini dan juga pembangunan yang dicapai negeri ini sejak dahulu hingga sekarang. 

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Turut hadir ialah Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri masing-masing. 

Acara itu turut diserikan dengan nyanyian lagu tema sambutan 'Sarawak Harmoni' yang diiringi alunan muzik dan pertunjukan lampu berwarna-warni. Acara dimulakan dengan perarakan 50 buah kapal berhias mewakili pelbagai jabatan, agensi, badan berkanun kerajaan negeri Sarawak dan syarikat swasta. 

Turut serta ialah perarakan perahu tambang, kayak dan jet ski. 

Acara diakhiri dengan persembahan dan bunga api. 

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/yang-dipertuan-agong-lancar-perarakan-kapal-berhias-sempena-50-tahun-malaysia-22259?cp


Kapal Negeri Sarawak

 Kerajaan Tempatan Sarawak

1 Infantri  Division ATM

PUSAKA@STIDC

Brooke Dockyard

Syarikat Samling Timber

NAIM

 SHIN SYAN

SARAWAK TIMBER ASSOCIATION

SEDC

YAYASAN SARAWAK & SARAWAK ENERGY

SALCRA

RECODA

JABATAN TANAH & SURVEY

KUCHING WATER BOARD

PELABUHAN KUCHING

IBRACO

CAHAYA MATA SARAWAK






dirakam menggunakan Sony a77v..

No comments:

Post a Comment