BANI HASYIMب هاشمPHOTOGRAPHY.blogspot.com

"Capture the beauty of the universe to be Allah S.W.T creation to viewing the next generations"

Monday, July 22, 2013

The last Governor Of Sarawak..Sarawak Merdeka..!!!!!

Acara Memperingati Hari Sarawak Merdeka daripada Penjajahan pada 22 Julai 1963 secara besar-besaran di bandar raya ini pada 22 Julai ini. Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar 2, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pelbagai program akan diadakan sempena tarikh keramat itu seperti persembahan pantomin di Tebingan Kuching dan pameran khas, "Sarawak Gemilang 50 tahun" di Kompleks Pelancongan Sarawak (KPS).
Menurutnya, 22 Julai 1963 merupakan salah satu tarikh penting dalam sejarah negeri ini iaitu sebelum Sarawak Merdeka dalam Malaysia, yang pada ketika itu negeri Sarawak adalah sebuah negeri berkerajaan sendiri. "Bersempena meraikan ulang tahun ke-50 Sarawak Merdeka dalam Malaysia, kita akan merayakan secara besar-besaran tarikh 22 Julai ini dengan mengadakan acara persembahan pantomin yang menggambarkan peristiwa penting penyerahan kuasa kerajaan British kepada kerajaan negeri Sarawak.
Usaha seumpama itu, mampu membolehkan generasi muda mengenali lebih mendalam tentang sejarah Sarawak dan seterusnya dapat menyumbang dalam pembangunan negeri ini pada masa hadapan. Beliau berkata, kerajaan negeri sedang berusaha untuk meletakkan sejarah tentang pembentukan Sarawak dalam sukatan pelajaran di sekolah. Dalam perkembangan sama, Menteri Kemudahan Awam itu memberitahu tiada cuti umum akan diberikan sempena memperingati hari bersejarah itu pada 22 Julai ini. "Tetapi yang pasti 16 September dan 31 Ogos adalah cuti umum untuk semua rakyat Malaysia.

Sarawak ialah salah satu negeri di Asia Tenggara yang diduduki oleh manusia. Ia berlaku kira-kira 40000 tahun dahulu. Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, tembikar, dan bekas perkuburan membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi.sal nama sebenar Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Bagaimanapun menurut beberapa pendapat nama Sarawak asal seperti berikut:-
  • Nama Sarawak berasal daripada nama Sungai Sarawak . Sungai Sarawak meliputi kawasan yang digelar sebagai "Sarawak Prosper" menganjur dari Pedalaman Kuching di Bau sehingga ke Samarahan.
  • Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang mengandungi belerang dan antimoni (Rujuk Kamus Dewan edisi 3). Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, wilayah Sarawak ketika itu kaya dengan antimoni


Penglibatan Inggeris

 Sarawak merupakan sebuah wilayah yang dikawal secara tidak rapi oleh Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19. Kemudian pada 1839, James Brooke datang untuk menghantar surat pada Gabenor Sarawak, Rajah Muda Hasim. Beliau meminta bantuan James Brooke untuk membantu menenangkan keadaan Sarawak yang kacau bilau. Pejuangan Dayak menentang penjajah Brunei terbukti hebat manakala James Brooke yang mempunyai angkatan perang yang lengkap dan beberapa kali cuba menenangkan pejuang Dayak. Sebagai balasan, James Brooke dilantik menjadi gabenor Sarawak pada 24 September 1841, dan seterusnya Rajah pada 18 Ogos tahun berikutnya.
Pada asalnya, wilayah ini cuma merupakan hujung barat Sarawak yang kemudian, yakni kawasan di sekitar Kuching. Sewaktu kematiannya pada 1868, anak saudara Charles Anthoni Johnson Brooke menjadi Raja. Beliau pula diwaris oleh anakandanya, Charles Vyner Brooke.
Wilayah Brooke diperluaskan dengan pantas di bawah ketiga-tiga raja itu, kebanyakannya melalui penjejasan kawasan yang pada nama sahaja di bawah kawalan Brunei. Sebenarnya, Brunei cuma mengawal kubu-kubu sungai dan pantai di kebanyakan wilayah yang telah lenyap. Oleh sebab itu, kebanyakan keuntungan yang dicapai adalah melalui penjejasan pembesar Islam dan puak tempatan yang hilang kemerdekaan de factonya.

  Dinasti Brooke memerintah Sarawak selama seratus tahun dan mencapai kemasyhuran sebagai “Raja Putih” ("White Rajahs"), dan diberi taraf yang serupa dengan raja-raja India dalam Empayar British.
Berbanding dengan banyak kawasan empayar yang lain, keluarga Brooke bermaksud pengamalan dasar paternalisme untuk melindungi penduduk tempatan daripada eksploitasi oleh empayar Brunei dan pendatang asing. Mereka memerintah dengan bantuan pemimpin tempatan dan menggaji pahlawan Dayak sebagai askarnya. Mereka juga menggalakkan imigrasi kelas perdagangan Cina.


Governor of Sarawak

The Governor of British Crown Colony of Sarawak (Malay: Tuan Yang Terutama Gabenor Koloni Mahkota British Sarawak) is the position created by the British Government upon the cession of Sarawak from the Brooke Administration in 1946. The appointment was made by King George VI, and later Queen Elizabeth II until the independence of Sarawak within the formation of Malaysia in 1963. After the formation of Malaysia, the title was changed to 'Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak', which also means 'His Excellency The Governor of Sarawak', and the appointment was later made by the Yang di-Pertuan Agong or King of Malaysia.
 The official residence of the Governor of Sarawak at that time was The Astana, located at the North bank of the Sarawak River.

List of Governors of Sarawak[edit]

No.NameTook OfficeLeft OfficeNote
1.Sir Charles Noble Arden-ClarkeOctober 26, 1946July 26, 1949First Governor of Sarawak
2.Sir Duncan George StewartNovember 14, 1949December 10, 1949Assassinated by Rosli Dhobi while visiting Sibu on December 3, 1949
3.Sir Anthony Foster AbellApril 4, 1950November 15, 1959Originally appointed for the term of 3 years only, but his term was extended to 1959. He would later become one of the members of the Cobbold Commission.
4.Sir Alexander WaddellFebruary 23, 1960September 15, 1963Last Governor of Sarawak.



On this day 50 years agoSir Alexander Waddell, the last Britishgovernor of Sarawak, left the Astana.



sumber..http://sarawakiana.blogspot.com/2008/08/last-british-governor-of-sarawak.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Sarawak