BANI HASYIMب هاشمPHOTOGRAPHY.blogspot.com

"Capture the beauty of the universe to be Allah S.W.T creation to viewing the next generations"

Thursday, September 27, 2012

Refflesia

GUNUNG GADING NATIONAL PARK
Lokasi: Kuching
Gunung Gading merupakan rumah kepada bunga terbesar di dunia, Rafflesia, yang boleh membesar sehingga 1 meter diameternya. Ketika mekar, bunga ini akan mengeluarkan bau busuk untuk menarik perhatian lalat dan serangga kecil. Ianya tidak bermusim dan mengambil masa selama 9 bulan untuk mekar dan hidup selama 4 hingga 5 hari sahaja sebelum layu.


Gunung Gading hanya dibuka kepada orang awam sejak pertengahan tahun 1994, setelah kajian impak alam semulajadi dijalankan secara menyeluruh. Sebelum itu tempat ini hanya menjadi zon pemuliharaan bagi bunga rafflesia. Kini, penekanan kepada pemuliharaan tetap menjadi agenda utama dan pihak Taman Negara telah mengambil langkah untuk hanya membenarkan orang awam melihat bunga rafflesia yang sudah mekar tanpa mengganggu bunga yang masih belum matang. Terdapat juga ‘plankwalk’ di mana tempat rafflesia biasanya dijumpai, dan sekiranya tanaman yang di cari hanya boleh dijumpai jauh di dalam kawasan hutan, renjer-renjer Taman Negara boleh membantu anda untuk ke kawasan tersebut. Anda perlu berhati-hati kerana kemungkinan besar pucuk berwarna coklat di atas trek adalah bunga rafflesia dan sila ikuti arahan renjer taman. Bayaran untuk renjer adalah RM20 sejam (setiap kumpulan).

Memandangkan waktu mekar rafflesia ini sangat singkat dan amat jarang, masa yang sesuai (rezeki) adalah amat penting. Biasanya, kakitangan taman ini arif tentang waktu mekar setiap bunga rafflesia di sini. Pelawat boleh mendapatkan informasi dengan menghubungi pusat kawalan (Tel:082-735144) ataupun hubungi pejabat tempahan National Parks and Wildlife di Kuching (Tel:082-248088). Walaupun pada kebiasaannya bunga ini mekar sepanjang tahun, bulan November, Disember dan Januari merupakan musim kemuncak kerana bilangan bunga yang mekar biasanya tinggi. 
Menyaksikan bunga rafflesia merupakan tarikan utama Gunung Gading, namun keseluruhan kawasan Taman Negara ini serta kawasan Lundu juga berbaloi untuk diterokai. Puncak gunung memjadi pemandangan yang menarik di pekan Lundu serta pantai-pantai berdekatan iaitu Pandan dan Siar. Di Gunung Gading juga terdapat trek dan laluan hutan yang mencabar serta mengasyikkan

Trek “The Waterfall” merupakan trek yang paling singkat dan melalui beberapa buah air terjun yang menarik. Untuk sampai ke air terjun terakhir, air terjun No.7 akan mengambil masa sejam perjalanan. Untuk trek-trek lain pula, anda perlu berada di dalam keadaan fizikal terbaik kerana ianya melibatkan pendakian gunung yang serius seperti trek Gunung Gading Summit (3-4 jam untuk pergi sahaja). Anda perlu menghabiskan trek dan pulang pada hari yang sama kerana tidak dibenarkan untuk bermalam di sini. Dari puncak, anda boleh memilih untuk melalui trek Batu Bakubu di mana terdapat bekas kem komunis. Maklumat lanjut tetang trek-trek ini boleh didapati dari ibupejabat Taman Negara Gunung Gading

Sumber info : http://www.sarawaktourism.com/bm/itinerary-detail/itin-detail?catid=2&itinid=32

 close up.